8.10.12

Sweeper Oh Sweeper

     Setelah hampir 4 bulan lebih aku tidak menjalani latihan di bukit cinta UM , maka tercetuslah fenomena yang cukup mencabar emosiku . Pada 16 September 2012 di Oren Sport Royal Klang Town Run 2012 , aku telah diangkut oleh sweeper . Sangat memalukan !

     Aku akui itu adalah larian pertamaku sepanjang 12 km tetapi apa salahnya jika ditambah 2 km lagi ..?   Sebelum ini aku sudah terbiasa menjalani latihan dengan persekitaran berbukit sedikit maka sebab itu aku tidak berasa kekok untuk berlari sepanjang 10km dengan keadaan fizikal aku yang agak besar ini.

     Namun  setelah 4 bulan lebih aku bercuti daripada bukit cinta maka aku sememangnya P A N C I T  ketika menyertai larian Oren Sport Royang Klang Town ini . Bayangkan ketika sedang berlari S W E E P E R   sudah mula mengekoriku dan beberapa rakan larian yang lain dari belakang kerana kami adalah peserta terakhir . Sungguh M A L U  sebenarnya ! Tapi apakan daya , kekuatanku hanya di situ sahaja dan aku redha dan menyalahkan diri sendiri kerana tidak mengambil berat soal stamina . Apa-apa pun , pengalaman ini memberi pengajaran kepada diriku untuk terus mengekalkan stamina supaya tidak P A N C I T  ketika menyertai  larian seperti ini .

     Maka dengan itu aku bertekad untuk menyambung kembali latihanku di bukit cinta supaya kekal cergas dan bermaya sepanjang larian pada musim akan datang . Kini jadual latihanku sudah berubah sedikit ekoran daripada niat untuk menurunkan berat badan ke paras normal dan ke arah J-Lo sebenarnya . ( kehkehkeh )




kami berjaya !!!



para jejaka




para gadis 


para hadirin
warming up bersama instructor dilantik 


selepas warming up


sebelum warming up


bersama berjuang 


p/s : kesemua gambar2 ini diambil dari hasil pancaran dslr milik Sir Norazlisham aka Anjung Tuan .

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...