8.10.12

Sweeper Oh Sweeper

     Setelah hampir 4 bulan lebih aku tidak menjalani latihan di bukit cinta UM , maka tercetuslah fenomena yang cukup mencabar emosiku . Pada 16 September 2012 di Oren Sport Royal Klang Town Run 2012 , aku telah diangkut oleh sweeper . Sangat memalukan !

     Aku akui itu adalah larian pertamaku sepanjang 12 km tetapi apa salahnya jika ditambah 2 km lagi ..?   Sebelum ini aku sudah terbiasa menjalani latihan dengan persekitaran berbukit sedikit maka sebab itu aku tidak berasa kekok untuk berlari sepanjang 10km dengan keadaan fizikal aku yang agak besar ini.

     Namun  setelah 4 bulan lebih aku bercuti daripada bukit cinta maka aku sememangnya P A N C I T  ketika menyertai larian Oren Sport Royang Klang Town ini . Bayangkan ketika sedang berlari S W E E P E R   sudah mula mengekoriku dan beberapa rakan larian yang lain dari belakang kerana kami adalah peserta terakhir . Sungguh M A L U  sebenarnya ! Tapi apakan daya , kekuatanku hanya di situ sahaja dan aku redha dan menyalahkan diri sendiri kerana tidak mengambil berat soal stamina . Apa-apa pun , pengalaman ini memberi pengajaran kepada diriku untuk terus mengekalkan stamina supaya tidak P A N C I T  ketika menyertai  larian seperti ini .

     Maka dengan itu aku bertekad untuk menyambung kembali latihanku di bukit cinta supaya kekal cergas dan bermaya sepanjang larian pada musim akan datang . Kini jadual latihanku sudah berubah sedikit ekoran daripada niat untuk menurunkan berat badan ke paras normal dan ke arah J-Lo sebenarnya . ( kehkehkeh )




kami berjaya !!!



para jejaka




para gadis 


para hadirin
warming up bersama instructor dilantik 


selepas warming up


sebelum warming up


bersama berjuang 


p/s : kesemua gambar2 ini diambil dari hasil pancaran dslr milik Sir Norazlisham aka Anjung Tuan .

12.2.12

JOG 4 KLANG PACE 2012

Assalamualaikum w.b.t
Hari ini merupakan hari yang sangat teruja .
Untuk pertama kalinya ,saya menyertai jogathon setelah hampir 2 bulan melakukan slow jog sebagai rutin harian .
S A N G A T   O S E M !!!
Sy bangun jam 4.40 pagi dan mula menyiapkan diri .
Jam 6.15 pagi sy dan rumet bergerak dr rumah ke 7-Eleven Pantai Dalam kerana Kak Yong iaitu kakak kepada rumet sy menunggu di hadapan kedai tersebut .
Kami mengakui bahawa perjalanan kami ke Hotel Gold Course , Klang sedikit mencabar apabila terdapat beberapa ekor anjing mengejar kereta kami ketika melalui satu kawasan perumahan dan pada ketika itu kami sesat .
Kira-kira jam 6.50 pagi kami tiba di tempat yang dimaksudkan dan bergegas untuk mendaftar dan mengambil t-shirt pertandingan .
Ketika kami tiba , peserta-peserta sedang melakukan aerobik dan sedikit warm up untuk larian  sebentar sahaja lagi kira-kira jam 7.00 pagi .
Kami bertiga pula , solat Subuh di tempat tersebut dengan serba kekurangan kerana tidak sempat untuk mengerjakan solat di masjid berdekatan kerana sesat .
Lebih mengharukan , saya dan Kak Yong salin baju di tempat kejadian dan semestinya itu adalah perkara yang melucukan kerana masing-masing baru pertama kali menyertai larian sebegini .
Akhirnya , larian bermula dan kami berjaya menghabiskan larian dalam masa yang ditetapkan .

Kak Yong : 6 km - 42 minit 
Enni : 6 km - 48 minit

Sesungguhnya kami berdua sangat teruja kerana berjaya menghabiskan larian dan mendapat finishing medal  sebagai pemangkin agar lebih gigih berusaha untuk larian yang akan datang pada 11 Mac 2012 di Bukit Jalil .
Walaupun kami tidak dikategorikan dalam rangkuman 10 pelari terawal namun kami amat berbangga dan sejujurnya saya A M A T  berbangga dengan diri sendiri kerana telah berjaya memecahkan rekod masa ketika latihan di UM . Saya berjaya membuktikan bahawa semuanya tidak mustahil jika kita ada kemahuan dan diiringi usaha gigih serta doa oleh orang2 di sekeliling .


kami berempat sementara menunggu pengumuman utk cabutan bertuah
kami menemui rakan baru , Nisa !


Nisa di tengah-tengah


warm up


lepas tamatkan larian


we did it !!!


sibling


kami


sebelum larian


gigit jangan x gigit


photographer
(rumet sy)


6km within 42 minutes
( Kak Yong )


6km within 48 minutes


MILO yang manis



pelari yang profesional barangkali



p/s : semoga semangat + minat saya dalam larian ini tidak pernah pudar . amin ~





14.1.12

Hari Jumaat Penghulu Segala Hari

Assalamualaikum w.b.t
Hari ini saya akan mandi air terjun di Kemensah area belakang Zoo Negara .
Haruslah mendaki di kawasan hutan untuk berjumpa dengan air terjun .
Tapi , hajat di hati tidak kesampaian kerana kami tidak yakin untuk ke sana kerana masing2 tak tahu jalan untuk ke air terjun .
Walaupun dah tanya pada abang yang menjaga lembu di kawasan tersebut , kami masih lagi menemui jawapan  hampa kerana abang tersebut pun keliru mana satu jalan untuk ke air terjun .
Menurut abang tersebut , ada dua cabang untuk menuju ke air terjun itu .
Cabang yang pertama mengambil masa 3 jam lebih untuk sampai manakala cabang yang kedua mengambil masa 1 jam lebih untuk sampai .
Masalahnya , abang tu tak tahu yang mana satu cabang yang dimaksudkan untuk ke dua-dua air terjun itu .
Maka , kami mengambil keputusan untuk mandi di sungai cetek di kawasan bawah .
Berikut merupakan aktiviti kami sepanjang hari Jumaat .


Sungai Kemensah


Nasi Putih



Sambal telur + sosej


makan petang di tepi jalan menuju ke Bukit Antarabangsa


melihat orang2 di Dataran Merdeka


beraksi di Sungai Kemensah


tekun mencuci kereta di malam hari


jalan yg sibuk di monorel Bukit Nanas


motor yang kehilangan kunci di Sungai Kemensah


penunggang motorsikal di yang berhenti kerana kehujanan di petang hari


sebelum makan petang


makan2 di dalam sungai


di Esso mengepam tayar sebelum memulakan perjalanan pagi


menolak motor yang kehilangan kunci di dalam sungai



makanan di petang hari


inai di jari


Dataran Merdeka di malam hari


melantak makan tengahari di dalam sungai


K A M I 


K A M I
*again*


makan malam di Sea Park SS2 PJ
Nasi Lemak Mamak


kehujanan di petang hari


KL yang sibuk
*menyampah*


bakal steward MAS
*puihhhh*


mencuci kereta sebelum melepak di Dataran Merdeka


Esso Jalan Universiti


selepas mandi di Sungai Kemensah
*puas*


# Terima Kasih kalian berdua kerana meluangkan masa bersama saya sebelum tiba cuti semester dan melegakan tekanan untuk menghadapi dua lagi kertas soalan peperiksaan pada minggu hadapan .

# Saya meraikan diri saya sendiri juga kerana telah genap sebulan saya slow jog mengelilingi UM pada 13 Januari 2012 . Semoga rutin harian saya ini berkekalan sehingga saya tua . Aminnnn ~

29.12.11

Gunung Datuk

Assalamualaikum w.b.t ,
Tanggal bila aku mendaki Gunung Datuk ni pun ak dah lupa .
Seingat ak , awal Disember 2011 ataupun akhir November 2011.
Walau apa pun , night trip yang kami buat ni mmg B E S T gilerssss !!!
Start mendaki kul 1 pagi woahhhh !
1st time naik gunung , 1st time mendaki awal pagi.
Sangat , sangat , S A N G A T  teruja !
Yg best nye, ak la manusia pertama dalam group ak yg paling awal pancit .
" Ermmmm... " hahahaha !!!

Mari kita layan gambar2 yg menarik semasa , selepas , dan sebelum aktiviti santai ini .


Aktiviti pertama ; Memunggah barang2 .
( Di Fakulti Perakaunan )


Bersiap sedia untuk mendaki .
( Di kawasan parkir Gunung Datuk )


tanda2 pancit mulai kelihatan masa ni .
kahkahkah


menikmati cocok2 bersama jeruk jambu batu di tengah2 pendakian


Linda bersama lecturer ICS beliau (Sir Norazlisham)


ayuh melantak !!!


I N D A H  bukan ?


olley !


ak pun x kira bape kali ktorang berhenti .


penat weyh !


mcm dah pecah peluh kaw2 time ni 


baru tiba di port kami
penat tau tak ?


maap la , gambo x tersusun .


batu besar


part ni ak mmg suke la 


rehat lagi 


yeahhhh


buat air nescafe atas gunung


muke ak mmg xleh blah time ni !!!



hehehe


kami enjoy hiking awal pagi !


ketika menunggu giliran naik puncak paling atas


gambar ni mmg penuh  K E A Y U A N !
 i loikeee ~


break dance atas gunung bukanlah satu kesalahan


batu batu


terbaikkkkk ~


tukang panjat pokok


cantik kan view dari puncak ?


pelajar dari Singapura


 serikandi  Gunung Datuk


tido atas gunung memang sesuatu yg ak tak akan lupakan !!!



menunggu giliran


pulon tido weyhhh


ketika mendaki puncak paling atas


yeahhh 


kami


menunggu Sang Matahari






sesi bertafakur sebelum turun 


S U B H A N A L L A H


pelajar dari USIM












menuju ke port kami 




mengemas barang2 sebelum turun bergambar di batu batu




oke , ak mmg tak reti nak buat " L O V E " mcm orang2 di depan 


kami berjaya menawan puncak GUNUNG DATUK !!!












H E B A T  bukan ciptaan Allah SWT ?


Superman Malaysia


Singapore's students


bersama keris


kami mahu pulang .


Sir bersama rakan2 beliau


wachaaaaaa !!!


Hiking merupakan hobi terbaru ak .
Saya sudah bertemu minat yang baru dan ia sangat mengujakan !


semangat gile ktorang sampai wat baju !
hahahaha


#Semua gambar telah diambil drpd Facebook ahli LANUN yg telah bersama sama mendaki di Gunung Datuk . Terima Kasih semua yg telah banyak mengajar saya erti kecekalan dan kesabaran .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...