aSSalamualaikum ,
Ini merupakan entry ak yg terakhir untuk tahun ni .Disebabkan hari ni cuti umum , sempena kemenangan Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki ( mak ak bagi tau , dulu dikenali dengan Piala Tiger ) ak dan adik² + kakak ak menonton wayang dan makan² di Fatty Cafe .
Kitorang g tengok wayang cerita J A N I N pukul 3.45 petang dan lepas makan² kitorang teman kakak ak try baju kahwin die di De' Qamar . Butik Pengantin ni deret Secret Recipe , dan sewa baju pengantin kat cni memang murah dan berbaloi . RM300 untuk pasangan lelaki dan perempuan + alter baju + aksesori . Memang berbaloi ! (jerit kuat² macam anda adalah duta iklan KAMDAR )
p/s : ak sememangnya rasa tak pasti adegan jerit² ni dari iklan KAMDAR ?
yang pakai baju perempuan tu kakak ak .
yg pakai baju melayu tu adik ak ; ena .
ak suke baju ni !
awesome !
p/s : yg tengah tutup mulut dgn sapu tangan kat belakang tu la tokey or pekerja butik ni , kak izan .
( ak pn tak sure pekerja ke tokey kedai )
( ak pn tak sure pekerja ke tokey kedai )
yg tepi sekali tu anak kak izan .
oke , boleh bukak baju skang !
sebelum tu , pandangan dr sisi belakang .