31.12.09

Jawapan Kepada Post Keliru



"perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah..tidak sedikit pun Allah benarkan mana2x lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya...kerana Allah sangat mencintainya...tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, dimana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita.....

jika
Allah datangkan kesedaran dalam diri kita supaya meninggalkan cinta seorang lelaki,bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNYa...mengapa masih ragu-ragu?..

kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari...
bila nak jumpa kalau kita asyik tunggu??

Allah dah tegur,
Allah dah sedarkan kita...
tapi jika tak diendah
bimbang Allah terus tak mengendahkan kita lagi....
tersalah dengan maksiat sedangkan kita orang yang faham hukum..

"sebesar2x dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya"
~alghazali


Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar

"i've leave him for the sake of Allah"

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah! Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti

Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu , lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]

Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya

Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]



usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap


Yakinlah pada janji Allah

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]

Beruntunglah kamu tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8,9,10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]

Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]

kamu intan terpilih
jagalah kilauanmu sayang
jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba
aku mendoakanmu
sentiasa

30.12.09

Perkara Yang Aku Tak Suka!!!



x suke org yg kuat menangis..heee~
ak pn x suke sgt menangis..
menangis bl perlu shj..hehe~

x suke tmpt yg sesak dgn org..waaa~
seboleh2 nye..
ak nk elak dr g tmpat2 cmni..haha~


x suke org yg gedik..
full stop~


hipokrit~
sume org x suke org yg hipokrit..
just be yourself la~
jgn malu utk jadi diri sndiri..heee~



waaa~
ak x suke lipas..yerkk~
ak x leh tgk lipas..
bl tgk je lipas..mood ak boleh spoil..waaa~

25.12.09

_Mungkin_







Biarkanlah saja diriku SENDIRIAN tanpamu
Biarkanlah aku merindu sekian lama
Bukan maksud untuk MEMBISU SEPI tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar IMPIAN

Mungkinkah bersama dua jiwa ini
Dalam mencari CINTA SEJATI nan suci
Mungkinkah segala derita di jiwa
Akan terubat kini

BIARKANLAH saja diriku sepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian

Hanya satu pintaku
SABARLAH menanti
Ku kan pulang bersama
Cinta...

22.12.09

Antara 2 Cinta

Antara 2 cinta yg inginku miliki..
cinta insani dan cinta Illahi~
pasti yg utama..
adlh cinta Illahi.
krn cinta-Nya hakiki.
Antara 2 insan yg inginku miliki..
kekasih hati & sahabat sejati~
pasti yg utama sahabat sejati..
krn setianya sukar ditemui.
~Renung2 kan lah~

Sukan Universiti Malaya ' 09 (SUKMUM ' 09)







pengurus + kapten 
sesi 2010/2011


go go go GEMPUR team!



kem gemilang SUKMUM 2010
: hamper :
juara banner!
pasukan berdisplin kot =)





bersame ayahnda UM!
DINNER SUKMUM @swimming pool
pusat sukan UM~

Kontijen SUKMUM 9th college!
master ktorg kt tgh2 tu :D


karok time!
hahahaha~
best gile karok kt camping ni =))
1st time karok pakai kain btik :|

men masak2 ms camping =))
venue : camp amberstone
batang kali 2,selangor.

lthan bsame air di ats rmput!
sgt best..hahaha~

ni pic ms ak lpas abes lthan =))
2nd year sesi 09/10
da 2 thun da msuk tarik tali :D
sgt sronok!

time ni ktorg dinner kt pusat sukan..
tepi swimming pool..wallah~
tp mkanan..sket je ak dpat..waaa~
nsib bek sblum g dinner..ak da mkan..wakaka~
mane x nye..team dr kolej2 len pn mkn cam x ingt dunia..hahaha~
smoga thun dpan..UM dpt peruntukan yg lbih utk dinner mlam juara2 ni..hahahaha~
p/s : maskot SEMUT yg macho di sebalik costume tersebut..huhu~

ahaks~
kat blakang yg pakai bj merah n specky tu (sbelah baju blue black)..adlh coach ktorg..abg Bob~
trima kasih abg Bob..hehehe~

pic ni diambil lpas ktorg mnang final game..heee~
8 pemain yg dpt main ms final tarik tali..
kalo x..ktorg ade 14 player..ngee~
tp hanya 8 pemain je yg terpilih utk main ms game nnt..
hopefully..thun dpan..ak terpilih lg..AMIN~

ni ms kotrang tgh dgr taklimat jap sblum brtanding..
sume nye serius..hahaha~
fokus..fokus..fokus~~

ini adlh TEAM GEMPUR!
9th College boleh..ngeee~
ak join tarik talik wakil hostel ak..
kotrg mnang lwn dgn team 7th college..yahooo~
alhamdulillah..
mmg best gile team ni..ape yg ktorg wat..
msti kene same2..tu la nsihat coach ktorang..abg Bob..yeah~
smoga team ktorg thun dpan akn mnang lg..insyaAllah~

18.12.09

Konvokesyen UUM


lawak nye..haha~singkat btul jubah konvo ni ak pakai..uwaa~
insyAllah lpas ni ak lak yg konvo..hihi~AMIN!!

lpas abes konvo..huhu~

huhu~pic ni sblum msuk dewan konvo.Umi dgn apak ternyata berbangga
dgn anknya yg sulung ini.

ak rase..umi adlh org yg plg excited spnjang kakak ak konvo..hehe~
smngat gile suh ktorg snap pic ms kuar dr bilik hotel..
lawak pn ade..haha~


kat dpn kete..beberapa jam sblum btolak g UUM utk konvo kakak ak.
ms ni eda (adik ku yg bongsu ) xde sbb die dok asrama.Umi xnk amek eda kt hostel..uwaaa~
excited nk tgk kakak ak konvo sbb sblum ni mmg xde pnglmn lg..hehe~




17.12.09

Guru Saya



Puan Azzaha adalah guru yang sgt aku kagumi sbb die mmg sgt best dan sporting.Sepanjang aku bersekolah,cikgu Azzaha adlh cikgu yang sgt2 bermotivasi dan segala apa yang die pesan pd kami semua mase aku form 6 dulu sgt2 aku ingat smpailah skrg.
~~Semoga cikgu sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki~~Amin

16.12.09

Diri Sendiri + Keluarga


haaa..ni la 2 org beradik yg sgt suke bergaduh dlm umah.
Time dorang baik..bkan men lg..huh!~
Time bergaduh..bising gile..haih!~
Dr kanan skali adlh adik ak yg bongsu.
Name die Amira tp ktorg pnggil eda a.k.a debab..wakakaka~
Yg sebelah debab ni ena..ngeee~

Pic ni diambil ms raye aji '09..
Lg sorang adik ak yg last skali xde dlm pic ni..haha~
Ini kisah kami bertiga..hehe~
Mase ktorang kecik2 dl..salu men same2.
Permainan yg ktorang salu men..galah panjang dgn polis2.
Ktorang dl suke gak wat prtndngan nyanyian sesame sndiri..haha~~
Yg tu plg kelako..wakaka~~

Keluarga yang cukup banyak memotivasikan diri aku apabila gembira dan duka.Selagi nyawa masih dikandung badan,segala yang terbaik ingin aku berikan buat keluarga
yang sangat memahami aku seadanya.
~~Being one on this family makes me feel great all the time~~
_Thank You Allah S.W.T_


Nama : Nuraini Bt Ahmad
D.O.B: 21 Mac 1988
Asal : Kota Bharu,Kelantan
Alamat : Seri Manjung,Perak
Status : Bujang
Motivasi : Gagal sekali tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya
Impian : Setiap yang terjadi di dalam hidup ini,biarlah yang terbaik untuk diri ini dan keluarga.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...