25.11.11

Sosial Maya


     Saya betul-betul rasa macam nak enjoy je . Nak pergi bercuti depan laut , masuk gua meneroka keindahan alam milik-Nya dan buat macam-macam benda yang tak perlu fikir keburukan yang memberi kesan pada diri sendiri .
     
     Tapi semuanya tak akan menjelma sekelip mata kalau saya tak berusaha ke arah itu . Angan-angan tak membawa apa-apa maksud kalau kita masih duduk di peringkat yang sama tanpa cuba untuk mengubah keadaan kita . Oleh itu , saya mahu B E R U B A H  . Saya betul-betul mahu B E R U B A H  . Saya mahu mendaki peringkat seterusnya sehingga saya mampu mencapai angan-angan saya dan pastinya selepas itu , ia bukan lagi bernama angan-angan tetapi P E N G A L A M A N .

     T E R I M A  K A S I H  sahabat-sahabat sosial yang berada di maya . Kamu penyebab saya mahu B E R U B A H , kerana saya seperti begitu dekat dengan kamu . 

Ya Allah , limpahkanlah kesejahteraan dan rezeki kepada sahabat-sahabat di sekelilingku .

p/s : Carilah sahabat yang membantu dan menyedarkan kamu ketika kamu seperti keliru dalam menjalani liku-liku hidup . Saya sudah berjumpa sahabat-sahabat seperti ini dengan izin Allah S.W.T kerana saya selalu berpegang kepada ayat Al Quran ini bila saya keliru tentang buruk dan baik ; 

“Boleh jadi, kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah yang paling mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah:216)   





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...