12.2.12

JOG 4 KLANG PACE 2012

Assalamualaikum w.b.t
Hari ini merupakan hari yang sangat teruja .
Untuk pertama kalinya ,saya menyertai jogathon setelah hampir 2 bulan melakukan slow jog sebagai rutin harian .
S A N G A T   O S E M !!!
Sy bangun jam 4.40 pagi dan mula menyiapkan diri .
Jam 6.15 pagi sy dan rumet bergerak dr rumah ke 7-Eleven Pantai Dalam kerana Kak Yong iaitu kakak kepada rumet sy menunggu di hadapan kedai tersebut .
Kami mengakui bahawa perjalanan kami ke Hotel Gold Course , Klang sedikit mencabar apabila terdapat beberapa ekor anjing mengejar kereta kami ketika melalui satu kawasan perumahan dan pada ketika itu kami sesat .
Kira-kira jam 6.50 pagi kami tiba di tempat yang dimaksudkan dan bergegas untuk mendaftar dan mengambil t-shirt pertandingan .
Ketika kami tiba , peserta-peserta sedang melakukan aerobik dan sedikit warm up untuk larian  sebentar sahaja lagi kira-kira jam 7.00 pagi .
Kami bertiga pula , solat Subuh di tempat tersebut dengan serba kekurangan kerana tidak sempat untuk mengerjakan solat di masjid berdekatan kerana sesat .
Lebih mengharukan , saya dan Kak Yong salin baju di tempat kejadian dan semestinya itu adalah perkara yang melucukan kerana masing-masing baru pertama kali menyertai larian sebegini .
Akhirnya , larian bermula dan kami berjaya menghabiskan larian dalam masa yang ditetapkan .

Kak Yong : 6 km - 42 minit 
Enni : 6 km - 48 minit

Sesungguhnya kami berdua sangat teruja kerana berjaya menghabiskan larian dan mendapat finishing medal  sebagai pemangkin agar lebih gigih berusaha untuk larian yang akan datang pada 11 Mac 2012 di Bukit Jalil .
Walaupun kami tidak dikategorikan dalam rangkuman 10 pelari terawal namun kami amat berbangga dan sejujurnya saya A M A T  berbangga dengan diri sendiri kerana telah berjaya memecahkan rekod masa ketika latihan di UM . Saya berjaya membuktikan bahawa semuanya tidak mustahil jika kita ada kemahuan dan diiringi usaha gigih serta doa oleh orang2 di sekeliling .


kami berempat sementara menunggu pengumuman utk cabutan bertuah
kami menemui rakan baru , Nisa !


Nisa di tengah-tengah


warm up


lepas tamatkan larian


we did it !!!


sibling


kami


sebelum larian


gigit jangan x gigit


photographer
(rumet sy)


6km within 42 minutes
( Kak Yong )


6km within 48 minutes


MILO yang manis



pelari yang profesional barangkali



p/s : semoga semangat + minat saya dalam larian ini tidak pernah pudar . amin ~





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...