1.1.11

Cerita Hantu -Bahagian 1-


aSSalamualaikum anak² sekalian ,
( sengih² sambil rehat kat kerusi urut @ The Curve )

     Malam² ni mmg best kalau  dengar cerita hantu . Al maklumlah , orang kate time² macam ni la feeling tu datang tanpa diundang walaupun korang sedaya upaya menahan feeling aka perasaan tu . Tak boleh nak tolak hormon seram ni kalo keluar cerita bab hantu . Betul tak anak² ? • wahahaha •

     Oke la anak² , berbalik pasal cerita hantu pada entry kali ni . Sepanjang ak hidup di bumi milik Allah ni , pernah jugak la ak mendengar seruan²  + bunyi² + bayangan² + kelibat² + usikan² manja yang agak mampu meningkatkan lagi tahap hormon seram ak ni . Sebelum tu , tujuan ak berkongsi dengan anak² semua pasal cerita hantu ni , bukannya untuk berbangga + mengalahkan pelopor rancangan Seekers kat ntv7 tu . Langsung tak ade niat macam tu , tau ! Ak hanya nak berkongsi dengan korang sahaja . Tak ade niat lain . 
• hik hik hik hik •  <--- ( ak rase macam hantu gelak bunyi camni je . )

    •  "Sudah² la ko melalut eNNi oi !" •  Oke² , ak mulakan cerita hantu ak berperingkat peringkat ye . Hormon seram ak mula meningkat naik masa ak dengar cerita² hantu melalui ayah ak . Insipirasi daripada cerita² ayah ak ni la yang memungkin ak untuk terus melonjakkan hormon seram dalam kepala otak ak ni . Cerita yang ak bakal kongsi dengan korang  ni merupakan kisah benar yang pernah dialami sendiri oleh ak . Tiada sebarang penciplakan atau plagiarisme di dalam siri cerita hantu di blog ak ni . Sekian .


Cerita 1 

     Masa tu umur ak 12 tahun . Ak ingat lagi masa tu ade camping kat sekolah ak . Camping ni merupakan camping antara persatuan² kokurikulum kat sekolah ak . Ak mewakili pasukan bola jaring dan sume ahlinya perempuan ( dulu² masa zaman ak tak ade lagi orang lelaki main bola jaring ) . Dipendekkan cerita , malam pertama atau malam yang kedua , ak diganggu dengan satu bunyi yang agak kuat + seram bila inspirasi daripada cerita² ayah ak mulai ak fikir masa kejadian tu .

     Ayah ak pernah cerita kat ak , masa ayah ak camping kat Ulu Kenas tak silap ak , kawan dia ade dengar satu bunyi seperti mendengus . Menurut ayah ak , bunyi tu selalunya dikaitkan dengan bunyi makhluk halus . "Makhluk halus yang macam mana ? Haaa , itu yang kita tak tahu ." ( sila baca dialog ni seperti lakonan Khir Rahman dalam cerita Los dan Faun ) . Tapi , seriously ak pun memang tak tahu makhluk halus jenis yg macam mana rupa bentuknya .

     Disebabkan cerita inilah , ak terus fikir pasal cerita ayah ak bila ak sendiri mendengar bunyi orang atau makhluk ape ntah yang mendengus betul² belakang khemah tempat ak tidur . Senang paham la kan , ak dengar betul² dekat belakang kepala ak . Memang masa tu ak pelik , mula² ak tak terfikir lagi cerita ayah ak ni . Bila ak bangun nak jenguk² kot kot ade kawan ak yang tido berdengkur ke sampai bunyi macam tu . Tapi semua kawan ak tak tido berdengkur , sebab bunyi dengusan tu memang betul² belakang kepala ak . 

     Memang pelik la kan , sebab kawasan perkhemahan ak tu dekat padang sekolah ak dan lagi satu , cikgu² yang berjaga kat situ memang pasang lampu untuk menerangi kawasan padang tu . Kalo diikutkan , siapa yang duduk luar khemah , orang yang dalam khemah mesti boleh nampak bayang² orang yang kat luar khemah tu kan ? Korang paham kan maksud ak ni kan kan ? Tapi dalam kes ak ni , ak tak nampak langsung bayang² kat luar khemah ak bila ak dengar bunyi dengusan tu . Memang pelik . Tanpa fikir panjang lagi , ak terus pejam mata dan cuba untuk tidur . Masa tu ak tak hafaz banyak surah pun , ak mampu baca ayat Qursi dengan empat Kul je la sampai ak tertido .

     Pagi esoknya , ak tak cerita pun kat sape² kawan ak sebab ak tak nak diorang takut . Lagi satu , padang sekolah ak tu dekat dengan hutan . Hutan tak ade la luas sangat macam hutan simpan , tapi pernah ade sorang kakak senior sekolah ak ni kene rasuk bila waktu petang time kokurikulum masa tu .Kakak tu dekat padang sekolah tu , masa tu dia tenung lame je kawasan belah hutan tu . Lepas tu , die meracau racau sampai ustaz datang tenangkan dia kat surau sekolah tu . Bila dia dah sedar , kakak senior tu kata dia nampak seorang nenek tua kat hutan tu .| ( part yg bertanda merah ni , memang banyak betul ak guna perkataan 'tu' , dah macam ape je ayat ak ni . • adesss • )

     Sumpah , hormon seram ak tetiba naik bila ak type cerita ni , weyh . Oke² , tenang eNNi tenang . Begitulah cerita hantu yang pernah ak alami seawal usia ak 12 tahun . Memang balik dari camping tu ak tak cerita kat sapa² pun dalam family ak . Bila nak dekat akhir tahun rasanya , baru lah ak cerita kat family ak apa yang ak alami . Ayah ak sengih je bila dengar cerita ak tu . Ntah apa yang ayah ak fikir , ak pun tak tahu .

Oke anak² , sekian sahaja cerita hantu pada kali ini . Kita jumpa lagi di lain waktu dan ketika ya !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...