25.3.10

Jangan Menangis Lagi -Bahagian 1-


"Entah,mane aku tau betul ke tak?"ngomel Fea sambil digumpal-gumpal helaian kertas di atas katilnya.

"Kalau ko tak tau,fikir la betul-betul.Mane la tau ko dapat rasa apa yang dia rasa ke?"

Sengih Jiha makin melebar.Reaksi Fea seakan-akan meluat mendengar cadangan rakan serumahnya itu.Nak tak nak dia perlu ikut juga cadangan rakannya itu.Kalau tak mencuba,macam mana dia nak tahu.

"Cuba tau!"jerit Jiha.

"Aku tau la."

"Sengall!"balas Fea dengan jeritan yang maha kuat daripada rakannya itu tanda protes tak puas hati.

*********************************************

"CINTA."

Desus hati kecil Fea usai solat Asar petang itu.Dia mendekati rakan serumahnya Jiha yang sedang sibuk membancuh air Milo segera.

"Jiha,ko pernah rasa tak yang kadang-kadang cinta ni tak perlu untuk memiliki,"soal Fea sambil matanya
khusyuk memerhatikan Jiha mengacau air Milo.

"Kenapa kau cakap macam tu?Kau tak bagi tahu dia lagi ke Fea?Alahai kau ni,"getus Jiha.

Muka Jiha tepat memandang muka rakan serumahnya itu.Inginkan penjelasan atas apa yang dituturkan Fea sebentar tadi.

"Aku tak jumpa dia lagi la,Jiha.Tapi betulkan apa yang aku cakap tadi?"soal Fea kembali.

"Kadang-kadang sesuatu makhluk atau benda itu cukup la kalau kita sekadar menyukainya sahaja.Tak perlu untuk kita memiliki.Sebab bila kita dah memiliki,kadang-kadang kita mesti tak akan rasa perasaan seperti kita menyukai sesuatu itu macam dulu."Fea mengulas panjang lebar.

"Cukup sekadar menyukai dan tak perlu memiliki?"

"Betul jugak tu,kalau kita suka pada seseorang tu kan,then kita kenal dia,selalu jumpa.Pastu bila dah lama-lama dengan dia,kita rasa macam tak suka dengan dia pulak kan.Perasaan tu mula berubah bila kita dah memiliki dia dan tak macam perasaan masa kita mula-mula suka pada dia,"ulas Jiha.

"Hmm..."

Kedua-dua rakan baik itu tersenyum sendiri sambil masing-masing membawa diri ke ruang tamu dan yang pasti CINTA itu kadang-kadang tak perlu untuk memiliki dan andai dipandang sahaja CINTA itu?

"Ntah la."

*********************************************

Fea menatap gambar milik dia dan seorang lelaki yang sedang berlagak seperti raja di dalam gambar tersebut.Entah berapa kali dia termenung jauh sambil pandangannya menatap lama-lama gambar itu.Fikirannya melayang-layang memikirkan masa depannya.Bukan pengembangan kariernya yang difikirkan Fea,tetapi soal masa depan perjalanan cintanya yang menjadi topik penting di dalam kotak fikitannya sekarang.

"Betul ke?"bisik Fea.

"Ape yang betulnya Fea?"jerit Jiha di telinga Fea.

Terangkat sedikit badan Fea kerana terkejut dengan jeritan rakan serumahnya yang datang secara tiba-tiba dan menjerit pula di telinganya.

"Kau ni kalau nak terkejutkan aku pun,agak-agak la.Aku terkejut tau!"marah Fea.

Jiha hanya menyengih dan mengutip gambar yang ditenung Fea tadi.Jiha duduk rapat-rapat ke arah Fea hingga memaksa Fea menginjak badannya sehingga ke penjuru sofa sambil mulutnya mencebik geram.

"Kau ni kenapa Jiha?Buang tabiat ke nak ngendeng-ngendeng kat aku.Punya la banyak sofa kat ruang tamu ni,sofa yang single ni jugak kau nak duduk,"bentak Fea.

"Relax la Fea.Aku tau kau marah sebab kau terkejut aku jerit kat kau tadi kan?Memang aku nak buat kau terkejut pun,tercapai jugak hasrat aku nak buat kau terkejut."

"Hik,hik,hik,hik,"bunyi ketawa mirip kuda dibunyikan Jiha.

Makin geram Fea melihat temannya itu masih lagi mampu ketawa sedangkan dia benar-benar marah dengan tindakan Jiha kepadanya sebentar tadi.

"Dah la ketawa macam kuda,"getus Fea sambil matanya menjeling tajam Jiha yang masih lagi duduk di sebelahnya dan berkongsi sofa single yang agak kecil saiznya berbanding sofa-sofa yang lain di ruang tamu itu.

"Aku dah fikir masak-masak apa yang kau cakap semalam kat aku tu,"ucap Jiha sambil memberikan gambar milik Fea yang dikutipnya di atas lantai tadi.

"Aku tau kau fed up bila soal cinta kau yang dulu-dulu Yusri tanya kan?"sambung Jiha.

"Kenapa tiba-tiba kau sebut pasal cinta petang-petang ni?"tanya Fea hairan.

"Mana kau tau aku fikir pasal Yusri petang-petang ni?"

"Hik,hik,hik,hik,"Jiha ketawa kuda lagi.

"Aku kenal sangat kau ni,bila kau dah cakap sorang-sorang memang kompom kau tengah fikir pasal dia kan?"jawab Jiha sambil keningnya sengaja diangkat-angkat.

Fea hanya mampu tersengih tanda dia mengeyakan kata-kata Jiha.Ya,memang dia sedang memikirkan Yusri petang itu sambil menatap gambarnya bersama Yusri semasa di fun fair Ahad lepas.Tetapi perasaannya terhadap Yusri berbelah bahagi.Dia sedar Yusri menyukainya sepertimana dia menyukai Yusri.Cuma dia sahaja yang tidak berani memberitahu Yusri tentang perasaanya.Dia tak mahu Yusri malu bila mengetahui siapa dia sebelum berkenalan dengan Yusri.

"Sudah-sudah la Fea,aku tau kau tak sedia terima Yusri sebab masa silam kau kan?"ujar Jiha sambil memeluk Fea apabila dia melihat mata rakan baiknya itu mulai bergenang.

"Kau tahu tak yang manusia ni boleh berubah kalau dia memang nak berubah.Aku yakin kau memang betul-betul nak berubah.Tapi tak elok kau buat Yusri tertunggu-tunggu macam tu.Dia pun ada perasaan jugak macam orang lain,"lembut Jiha menenangkan Fea yang memeluk erat tubuhnya.

"Kadang-kadang kita tak sedar yang Allah sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita.Allah mengubah hati kau sebab Dia nak kau sedar,seorang yang dulunya bergelumang dengan dosa,mampu untuk jadi hamba-Nya yang rendah diri dan sentiasa bersyukur.Aku tak suka bila kau fikir Yusri tu terlampau baik untuk kau sebab kau tak kenal dia lagi.Kau hanya kenal dia baru berapa minggu je Fea,"Jiha mengusap-usap belakang tubuh rakannya itu perlahan-lahan.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...